MATANMTAZ Machang

Maahad Tahfiz Al-Azhari

Maahad Tahfiz Al-Azhari (MTAZ) merupakan cawangan pertama rangkaian MATAN yang diasaskan oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani. MTAZ terletak dalam Jajahan Machang, Kelantan dan tidak jauh dari bandar Machang iaitu di laluan untuk ke Temangan.

MTAZ beroperasi secara rasmi pada tahun 2011 dibawah naungan Kompleks Ilmu Al-Azhari (KIAZ). Pada mulanya KIAZ telah memulakan kelas tahfiz separuh masa pada tahun 2008 dan setelah mendapat sokongan daripada penduduk setempat dan juga para penderma maka tertubuhlah MTAZ dengan mengambil pelajar sepenuh masa.

Pada peringkat awal penubuhan, pelajar-pelajar MTAZ terdiri daripada anak-anak kawasan sekitar yang miskin dan yatim. Yuran tahunan mereka ditaja oleh para penaja yang tidak putus-putus menyumbang setiap tahun.

Selari dengan peredaran masa, kini MTAZ semakin mapan memacu sistem pengajian MATAN ke arah lebih sistematik. Di MTAZ ini satu-satunya cawangan MATAN yang mempunyai tenaga pengajar dan kepakaran bagi pelajar-pelajar khatam 30 juzuk mengambil SPM

Tags

uadmin

mula menulis secara serius pada tahun 2017. Kini sedang mengorak langkah dengan beberapa pengisian yang ingin di ketengahkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close
Close