ibadahKempenNewsProgram

Ibadah Qurban 1439H/2018

Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya sabit dengan alQuran dalam surah al-Kauthar ayat 2 dan surah al-Hajj ayat 36. Hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkadah). Ibadah ini dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap
tahun apabila tibanya ‘Idul Adha, atau Hari Raya Qurban pada 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik, iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Dalam pelaksanaan ibadah qurban ini, selain ia diuruskan secara individu, ada syarikat atau agensi pengurusan qurban menawarkan perkhidmatan mengurus qurban sebagai satu perniagaan kepada mereka yang memerlukan. Cara ini termasuk urusan atas talian yang dianggap lebih cepat dan senang tanpa melalui proses ‘turun padang’ untuk melaksanakan ibadah qurban.

Isu sumbangan atau pemberian haiwan qurban juga sering dibangkitkan dalam masyarakat kerana melibatkan jumlah sumbangan yang banyak oleh pihak-pihak yang berhajat menyumbangkan ternakan qurban kepada kelompok masyarakat Islam bagi sama-sama meraikan Hari Raya Qurban. Oleh yang demikian, penggunaan perkhidmatan urusan dan pemberian sumbangan, hendaklah diberi perhatian secara khusus supaya ia dapat memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.

Garis panduan ini mengemukakan beberapa panduan penting bagi memenuhi tuntutan syarak dalam melaksanakan ibadah qurban supaya ia tidak menyalahi maksud asal ibadah qurban itu sendiri. Justeru, dengan adanya garis panduan pelaksanaan ibadah qurban ini, mudah-mudahan ia dapat dilaksana dan diurus oleh semua pihak mengikut kehendak syarak.

rujukan : www.islam.gov.my

Tags

uadmin

mula menulis secara serius pada tahun 2017. Kini sedang mengorak langkah dengan beberapa pengisian yang ingin di ketengahkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close
Close