MATAN

MATAN CENTRE merupakan sebuah institusi pendidikan Al-Quran yang diasaskan oleh Ustaz Ahmad Dusuki bin Abd Rani. Kami menumpukan bidang hafazan Al-Quran sebagai bidang utama dengan penambahan pendidikan Agama yang lain.

Pusat tahfiz ini dibina berasaskan kepada kewajipan menuntut ilmu, dimana ilmu adalah penting agar setiap ibadah yang dilakukan memenuhi matlamat yang sempurna.

Maahad Tahfiz An-Nabawi atau dikenali sebagai MATAN bermula dengan inspirasi untuk melahirkan Generasi Al-Quran dengan menerapkan ilmu serta akhlak berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

MATAN bermula di cawangan pertamanya di Machang, Kelantan. Dengan mengambil anak-anak miskin, MATAN berjaya membimbing anak-anak ini sehingga khatam hafalan 30 juzuk dan sebahagian daripada mereka telah juga ditaja melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara dan universiti tempatan. Alhamdulillah.

Dengan semangat kejayaan ini serta dorongan para penaja dan penyumbang, kini lebih ramai pelajar mula diambil dan cawangan baru mula dibuka bagi memberi peluang kepada ramai lagi anak-anak tempatan

Di MATAN, kami mengamalkan sistem pembelajaran tersendiri iaitu dengan bermula kelas Ibtida’i bagi yang belum lancar Al-Quran selama 6 bulan ke 1 tahun seterusnya barulah akan diserap ke kelas Tahfiz. Kami amat mementingkan kualiti hafalan dari segi bacaan, tajwid, tulisan dan sebagainya.

Rujukan SSM : MATAN CENTRE SA0303777-V

Cawangan
Setakat ini kami mempunyai 3 cawangan iaitu :

MATAN Shah Alam
MATAN P Langkawi
MATAN Jerantut
MTAZ Machang

Close
Close